Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

TEKNIK

Pengarang akan menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan cerita. Kepelbagaian teknik akan menghasilkan cerita yang menarik dan tidak jemu membacanya. Teknik ialah cara pengarang memaparkan / menyampaikan cerita atau peristiwa. Antara teknik yang lazim digunakan ialah imbas kembali dan imbas muka.

Imbas kembali bermaksud watak mengingati semula peristiwa atau pengalaman lampau yang pernah dialami. Terdapat dua cara teknik imbas kembali yang biasa digunakan oleh pengarang iaitu :

    i- Watak-watak mengingati kembali (berkhayal) pengalaman masa lampau. Semasa mengingati kembali pengalaman lampau itu akan berlaku monolog, monolog dalaman atau dialog.

    ii - Melalui pemerian pengarang. Pengarang menggambarkan pengalaman atau peristiwa yang pernah dialami oleh watak berkenaan. Contoh imbas kembali menggunakan teknik pemerian:

 

            Jeritan nyaring bersama-sama letusan peluru senapang menyentak Andayu kembali kepada kesedarannya.

(Timulak Kapal Perang, hal. 113)