Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

prakata______________________________________________________________________________________

 

Salam Sejahtera,

Sememangnya tidak dapat kita nafikan lagi bahawa internet adalah salah satu penemuan penting yang berlaku pada alaf lalu. Para pelajar masa kini tidak lagi perlu bersusah payah ke pusat sumber. Mereka berupaya menjalankan proses pengajaran & pembelajaran dalam keselesaan di rumah sendiri jika mempunyai komputer yang dilengkapi dengan talian internet. Banyak maklumat berguna boleh diperoleh dengan melayari laman web.

Internet boleh diumpamakan seperti lebuh raya yang menyambungkan anda kepada berjuta-juta manusia dan organisasi. Berbeza dengan lebuh raya biasa yang bertujuan memindah orang dan barangan dari satu lokasi ke lokasi lain. Internet memindah ide dan maklumat. Kita tidak lagi bergerak di persekitaran muka bumi, tetapi melalui ruang siber - ruang pergerakan elektronik ide dan maklumat. Web menyediakan antara muka yang mudah diguna, menyeronokkan, multimedia yang menyambung ke internet dan mencapai sumber yang terdapat pada ruang siber.

Objektif utama membangunkan laman ini adalah untuk membantu para pelajar sekolah menengah rendah khususnya pelajar tingkatan 2 dalam mempelajari KOMSAS. Sasaran utama laman ini bukan sahaja kepada para pelajar malah juga pendidik di luar bandar yang memiliki sumber-sumber yang terhad sekali. Walaupun memiliki capaian internet, namun ianya belum mencukupi kerana bahan yang dikehendaki masih kurang dan sangat terhad.

Laman web berkonsepkan 'e-learning' ini amat sesuai bagi para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan internet kerana ia diolah sebegitu mudah, sesuai dengan peranannya bagi membantu para pelajar menimba ilmu. Ia seharusnya menyeronokkan dan tidak membosankan para penimba ilmu.

Kita sememangnya sedia maklum bahawa tiada perkara yang 100% sempurna. Begitulah juga dengan laman ini. Namun setiap masalah ada penyelesaiannya dan penyelesaian itulah yang akan sentiasa dicari bagi memperbaiki isi kandungan laman ini.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar laman ini memberi manfaat kepada semua pihak dan sokongan anda amat diperlukan.

Sekian dan Selamat Maju Jaya...

 

Web maker

November 2003