Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

LATAR

1. Latar Masa

    - Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu zaman campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya berlaku dalam masa beberapa hari sahaja tetapi melalui teknik imbas kembali sama ada secara penceritaan atau ingatan watak-watak, pengarang membawa ceritanya ke satu latar masa yang terdahulu, misalnya sebelum kematian bapa Andayu.

 

2. Latar Tempat

    - Daerah Inanam, Ranau, Sungai Sugut, Mengkabung, Gunung Kinabalu, Pulau Gaya, Sandakan.

    - Di rumah Paduka Mat Salleh, rumah Andayu, kubu di lereng Gunung Kinabalu, kota Pulau Gaya.

 

3. Latar Masyarakat

    - Latar masyarakat dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Bajau yang diketuai oleh Datu Paduka Mat Salleh, penghulu di daerah Inanam dan menjadi pejuang dalam menentang campur tangan Inggeris di Sabah. Masyarakat ini berpecah menjadi dua kelompok, iaitu yang menentang pihak Inggeris dan kelompok yang menjadi penyokong orang-orang Inggeris. Pengarang juga memaparkan masyarakat orang asli yang menjadi askar upahan orang-orang Inggeris semasa menentang Datu Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya.