Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

zan

curiga

 

Zeitgeist

semangat zaman. Setulen-tulen hasil karya seseorang pengarang masih tetap menampakkan pengaruh tertentu zamannya. Penulisan pengarang itu tidak mungkin asli sepenuhnya kerana terpengaruh oleh zaman di mana dia hidup.

 

zeugma (zeugma)

pengucapan (ayat atau baris) yang sempurna, kata kerjanya berdiri untuk dua objek tetapi sebenarnya betul untuk satu objek sahaja. Contohnya dalam drama "Matinya Seorang Pahlawan" karya Usman Awang, watak Dang Wangi ada menyebut ucapan "menjunjung titah dan hajat". Sepatutnya bagi menepati makna bahasa, cukuplah dengan menyebut "menjunjung titah" sahaja. Untuk "hajat" sering disebut "menunaikan hajat".

 

zikir

ucapan-ucapan atau bacaan yang dapat mendorong manusia mengingati Allah Taala dan nikmat-nikmat kurniaan-Nya seperti tahlil (Lailaha illallah), tasbih (Subhanallah), tahmid (alhamdulillah), istighfar (astaghfirullah) dan takbir (Allahu akbar). Kegiatan membaca al-Quran, membaca Hadis, dan menghadiri kelas-kelas pengajian agama, dan usrah dikatakan zikir juga.

 

zulfakar

nama pedang Baginda Saidina Ali yang banyak terdapat dalam hikayat-hikayat lama.

 

zulmat

gelap kerana ribut taufan.

|Atas |