Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

wa'at / wa'ad

berjanji

 

waadat

perjanjian

 

wacana

keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis dan merupakan unit bahasa melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, dan sebagainya yang melihat kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.

 

waham

sangkaan atau alasan yang samar-samar; was-was

 

wahana

saluran atau perantaraan (memungkinkan sesuatu dilakukan; disampaikan; dicapai)

 

walang

bersedih hati, dukacita, gelisah, khuatir

 

warita

cerita; berita; perkhabaran

 

warta

berita; khabar atau perkhabaran

 

watak

watak ialah manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita yang berbentuk pengisahan atau drama yang berbentuk dialog. Watak menjadikan sesebuah cerita hidup, berkembang dan menarik untuk diikuti bagi mengetahui aksi positif dan negatif yang dilakonkannya.

 

bersambung...