Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

Veda (Veda)

kitab agung (sastera) orang India yang ditulis dalam bahasa Sanskrit.

 

versi (version)

variasi atau kelainan dalam suatu bentuk cerita; cerita yang sama yang diperturunkan dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sebagai contoh, dalam babak pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat, banyak versi ceritanya. Ada hikayat yang mengatakan bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Kasturi dan ada hikayat yang mengatakan bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Dalam semua versi ini, Hang Tuah berada di pihak yang menang.

 

visual (visual)

bentuk luaran sesebuah karya sastera seperti puisi yang dapat dikesan melalui penglihatan seperti jumlah baris, suku kata, jumlah perkataan dalam baris, dan susunan rima dalam baris-baris.

 

vokal (vokal)

bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa geseran. Vokal bererti silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. Sebagai contoh: (a), (i), (u).

 

veteran

orang (lama) yang telah banyak pengalaman.

 

|Atas |