|
takdirullah sesuatu yang ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan daripada Allah, qadak
talibun Pantun yang mengandungi enam kerat atau lebih dalam serangkap. Talibun boleh menjadi lapan, sepuluh, dua belas atau empat belas baris dalam satu-satu rangkap. Ciri-cirinya seperti pantun biasa.
tambo Kisah sejarah dari Minangkabau yang bercampur-aduk dengan dongeng dan unsur tokok tambah untuk menyedapkan cerita.
tamsil Persamaan sebagai umpama (misal)
tandil Ketua kelasi kapal, pembantu serang.
tautologi (tautology) Perulangan kata yang tidak perlu kerana perulangan itu tidak mengukuhkan atau memantapkan makna yang ingin disampaikan.
teater (theatre) Seni mengenai drama yang melibatkan aspek pementasan dan penyampaian secara dialog dan aksi watak. Teater mengandungi unsur-unsur pelukisan watak yang perlu dipersembahkan di pentas untuk disaksikan oleh penonton. Teater terbahagi kepada teater moden dan teater tradisional.
bersambung... |