Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

sadap

Mengeluarkan air daripada pokok dengan menoreh bahagian-bahagian tertentu

 

sahaya

hamba

 

sahibul hikayat

Yang empunya cerita

 

sajak (poem)

Puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.

 

salasilah (stemma codicum)

Susur galur keturunan. Sebagai istilah kesusasteraan Melayu Klasik, maksudnya ialah jurai perhubungan antara berlainan versi bagi satu tajuk manuskrip.

 

sampiran

Pembayang maksud bagi pantun.

 

santap

Makan (kata yang digunakan untuk mempersilakan atau mengatakan raja makan atau minum)

 

sarkasme (sarcasm)

Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa yang menggunakan unsur sinisme. Gaya bahasa ini digunakan untuk memarahi seseorang dengan kata-kata yang kasar. Selalunya kata ini terungkap pada saat darah sedang naik atau mendidih.

 

sarwa

Sekalian; seluruh

 

saspens (suspense)

Unsur ketegangan yang menerbitkan rasa ingin tahu tertunggu-tunggu dalam sesuatu hasil sastera. Unsur ini dimanfaatkan dalam plot.

 

satira (satire)

Karya sastera yang mengandungi sindiran terhadap golongan-golongan tertentu.

 

sayembara (competition)

Istilah lain yang digunakan untuk menggantikan peraduan mengarang mana-mana genre kesusasteraan.

 

sebermula

Pembuka kata untuk sesuatu kisah dan lain-lain.

 

sedondon

sama warna atau corak

 

segara

lautan

 

sekali persetua

Pada suatu ketika

 

sekoci

Sejenis perahu; kapal kecil (yang menggunakan layar) gaya Eropah.

 

seligi

Sejenis senjata seperti lembing yang diperbuat daripada ruyung, buluh dan lain-lain yang ditajamkan.

 

seloka

Puisi ini merupakan sejenis puisi bebas, tidak tetap rangkapnya, tidak tetap jumlah baris serangkap, tidak tetap jumlah kata sebaris, dan sama ada berima atau tidak. Isinya membawa maksud sindiran, ejekan, bergurau senda atau berjenaka.

 

semantik (semantics)

Bidang linguistik yang mengkaji perihal makna dalam sesebuah karya sastera atau bahasa; cabang ilmu kaji bahasa yang mengkaji perubahan dalam makna sesuatu kata.

 

semayam, bersemayam

duduk; diam

 

semberani

Kuda yang bersayap dan dapat terbang.

 

simile (simile)

Kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan seperti umpama, bak, bagai, macam, laksana, penaka dan seumpamanya: Badannya kurus macam lidi; Matanya bercahaya ibarat bintang timur.

|kembali : gaya bahasa |

 

sigup

rokok daun

|kembali |

 

 

bersambung...