Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

Nada (tone)

Rasa hati penyair. Sebagai contoh, marah, tidak menyenangi sesuatu, sedih, rindu dan sayang. Jenis-jenis nada untuk rasa-rasa hati yang dinyatakan itu mengikut urutan ialah protes, sinis, melankolis, nostalgis dan romantis.

 

Nadim

Sahabat karib; orang kepercayaan

 

Nahi

Yang terlarang (oleh agama Islam)

 

Nakhoda

Kapten kapal; ketua kapal; juragan

 

Nalih

Ukuran banyak beras dan lain-lain yang jumlahlah 16 gantang atau 72.73 liter.

 

Nama pena (pen name)

Nama lain yang digunakan oleh pengarang-pengarang tertentu. Sebagai contoh, Usman Awang menggunakan nama pena Tongkat Warrant dan Abdul Rahman Hanafiah menggunakan nama pena Mana Sikana.

 

Naratif (narrative)

Kisah atau cerita tentang peristiwa, pengalaman dan sebagainya. Sebagai contoh, hikayat, cerpen, novel dan drama.

 

Narator (narrator)

Orang yang menceritakan sesuatu; pencerita atau pengisah.

 

Narawastu / Narwastu

Akar wangi atau serai wangi.

 

Nasab

Keturunan

 

Natar

Warna dasar (pada kain).

 

Nazam

Sejenis puisi yang bersumberkan Kesusasteraan Arab.

 

Neoklasikisme (neoclassicism)

Karya seni yang dihasilkan terkemudian (Zaman Pertengahan di Eropah) tetapi masih dipengaruhi oleh bentuk dan isi yang terdapat dalam karya seni zaman Greek dan Rom.

 

Ngeh

hembus atau tiup

 

Ngeran

Berasa marah; tidak senang hati; sugul

 

Nilai ekstrinsik (extrinsic value)

Nilai luaran atau nilai di luar teks.

 

Nilai intrinsik (Intrinsic value)

Nilai yang dikemukakan di dalam teks.

 

Nobat

Bunyi-bunyian diraja yang mengandungi gendang, nobat, nafiri, nagara, serunai termasuklah seorang pemimpin.

 

Novel (novel)

Karya kreatif berbentuk fiksyen moden yang relatif panjang. Di dalamnya ada unsur-unsur fiksyen seperti watak, plot, latar dan sebagainya. Bentuk konvensionalnya ada konflik, percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan peleraian.

 

bersambung...