Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

mafhum / mafhumlah

faham; mengerti

 

mahakarya (masterpiece)

karya agung yang unggul dan mengagumkan yang dihasilkan oleh pengarang yang mempunyai daya intelek dan daya kreativiti yang tinggi. Juga disebut adikarya.

 

majas / majaz

penggunaan bahasa yang menghasilkan makna tertentu dan melampaui batas maknanya yang biasa atau menyimpang daripada erti lahirnya. Majas terbahagi kepada tiga jenis, iaitu majas perbandingan yang termasuk kiasan, metafora, analogi, dan personifikasi; majas pertentangan yang meliputi ironi, hiperbola dan litores; dan majas pertalian yang terdiri daripada metonimi, sinekdoke, alusi dan eufemisme.

 

makalah (article)

sejenis esei yang bukan bersifat peribadi dan lebih mengutamakan fakta.

 

makbud / ma'bud

yang disembah

 

makrifat . ma'rifat

pengetahuan yang tinggi

 

makyung

sejenis drama tari (yang mempersembahkan cerita dengan tarian dan nyayian)

 

malaun / mal'un

laknat; terkutuk

 

malikulmanan

Tuhan yang Maha Pemurah dan Pengasih

 

malim

a. guru agama; orang alim

b. jurumudi

 

mamak

sebutan/gelaran oleh raja kepada pembesar-pembesar negeri (menteri dll)

 

mambang

sejenis hantu (yang bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya)

 

mangkat

meninggal dunia, mati

 

mangkubumi

bendahara; perdana menteri

 

metafora (metaphore)

Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat, atau disebut bahasa kiasan. Sesuatu objek diberikan sifat secara perbandingan atau secara kiasan. Sebagai contoh, kalau disebut 'api', semua orang akan memahaminya sebagai 'nyalaan panas yang membakar', dan apabila disebut 'mata' fahamlah orang bahawa kata itu merujuk kepada pancaindera di tubuh manusia yang digunakan untuk melihat. Metafora akan terbentuk apabila perkataan 'api' dan 'mata' disebut seperti yang berikut:   

di matanya ada api (Sajak 'Peladang' oleh Rejab F.I)

|kembali : gaya bahasa |

 

monolog (monologue)

Tutur kata atau pengucapan oleh seseorang watak, sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pendengar atau pembacanya.

 

bersambung...