Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

 

klimaks (climax)

suatu bahagian dalam cerita yang menimbulkan tindakbalas emosi tertinggi daripada pembaca atau penonton, dan bahagian plot apabila konflik terakhir dicapai: Sejak kecil hingga dewasa dan seterusnya sampai ke hari tua dia tidak pernah berasa bahagia.

|kembali : plot |

 

konflik (conflict)

pertentangan antara dua watak, pihak, atau antara dua kekuatan dalam urutan plot cerita. Konflik boleh berlaku antara manusia sesama manusia, antara manusia dengan unsur alam, atau antara manusia dengan dirinya sendiri (konflik dalaman). Sebagai contoh, dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad terdapat konflik antara manusia dengan unsur alam (Lahuma berkonflik dengan burung tiak, menerung, ketam dan onak nibung)

|kembali : plot |

 

konotasi (connotation)

Implikasi atau saranan tertentu yang ditimbulkan oleh sesuatu kata yang berbeza daripada makna literalnya.

 

konvensi (convention)

Aturan, tema, gaya atau bentuk sastera yang sudah diterima umum. Konvensi pantun, misalnya mempunyai empat baris pada satu rangkap, ada pembayang maksud dan mempunyai rima akhir.

 

bersambung...