Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

jamang / jamangnya

sejenis perhiasan daripada emas atau perak dan dipakai di dahi atau di kepala.

 

jargon

bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.

 

jauhar

permata; intan:

 

jauhari

bijaksana; arif:

 

jeda (pause)

hentian suara sekejap dalam penuturan atau pengucapan puisi atau prosa untuk menandai batas hubungan bahagian-bahagian ayat.

 

jejuak / juak-juak

biduanda atau hamba raja yang mengiringi raja atau membawa alat kebesaran.

 

jemah

kelak, kemudian.

 

jendera

lena atau nyenyak.

 

jentayu

burung yang selalu berseru meminta hujan.

 

jong

kapal layar Cina

 

jorong

tempat sirih yang berbentuk bulat panjang.

 

judul (topic, title)

sesuatu subjek atau perkara yang dibincangkan atau ditulis oleh seseorang.

 

juragan

nakhoda.

 

jurubatu

anak buah perahu yang tugasnya mengukur dalamnya laut.

 

jurubisik

orang yang membantu para pelakon mengingati dialog ketika persembahan sesebuah drama sedang berjalan.

 

|Kamus |