Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

gahara

Keturunan raja tulen, ayah dan ibunya anak raja.

 

gaya (style)

Cara penggunaan atau susunan kata-kata dalam karya yang tercerna daripada fikiran dan sifat individu pengarang.

 

gaya bahasa

corak, bentuk, atau rupa sesuatu bahasa, iaitu meliputi aspek-aspek kesesuaian penggunaan kata, frasa, dan ayat dalam situasi tertentu.

 

gazal (ghazel)

puisi berangkap yang terdiri daripada lapan baris. Setiap baris berakhir dengan kata yang sama dan isi serta temanya adalah tentang percintaan. Gazal berasal dari Parsi yang sekarang dikenal sebagai Iran.

 

gemala

Batu bercahaya yang ada hikmat.

 

genre (genre)

Jenis, bidang atau cabang sastera atau seni. Sajak, novel, drama dan cerpen adalah contoh genre.

 

geta

Takhta

 

glosari (glossary)

Kumpulan, senarai atau daftar kata atau istilah dalam bidang tertentu yang disertakan dengan penjelasan penerangan atau huraian tentang maknanya secara terperinci.

 

gurindam

Sejenis puisi Melayu tradisional yang berangkap. Gurindam terdiri daripada dua baris yang berirama akhir untuk membentuk satu kesatuan yang utuh dan padu. Baris pertama ialah soalan dan baris kedua ialah jawapan. Semuanya berunsurkan pengajaran dan nasihat yang sangat berguna.