|
fakir hamba: tiadalah hamba berpanjang kalam, hati yang sepi menjadi kolam.
fana tidak kekal di dunia ini : Nabi Allah Sulaiman dipindahkan Allah Subhanahu wa Taala daripada negeri yang fana ke negeri yang baqa.
fantasi (fantasy)
khayalan yang menjadi sumber penciptaan. Cerita biasanya berlaku dalam dunia khayalan. Sebagai contoh, cereka sains.
filologi (philology) Kajian saintifik tentang bahasa dan sastera dan kajian mendalam tentang naskhah sastera lama untuk mencari keaslian, bentuk asal dan makna kandungannya.
firasat Ramalan
fokus (focus) Pusat perhatian atau title yang menjadi pusat perhatian tindakan atau daya tarikan.
formalisme (formalism) Aliran kritikan sastera yang menekankan bentuk, struktur gaya dan kesan psikologi.
fragmen (fragment) Sebahagian atau pecahan atau penggalan sesebuah karya sastera (novel, drama dan sebagainya)
futurisme (futurism) Aliran dalam sastera yang berusaha untuk melakukan percubaan terhadap bentuk baru, persoalan baru dan gaya baru. Bentuk penyataan lama ditinggalkan sahaja.
|