Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

dalang

Orang yang bertanggungjawab dalam persembahan wayang kulit sebagai pengarah, pencerita, penyanyi dan penggerak patung wayang kulit.

 

deklamasi (declamation)

Pembacaan puisi dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, deklamasi sajak.

 

deksologi (dexology)

Kata permulaan sesuatu hasil karya klasik.

 

denotasi (denotation)

Pemerian makna yang selapis dan mudah difahami. Denotasi bebas daripada makna yang berlapis dan tiada makna yang kedua atau sebaliknya.

 

deskripsi (description)

Gambaran yang begitu mendalam supaya pembaca melihat, mendengar, merasa atau menghidu dengan berkesan sekurang-kurangnya melalui imaginasi.

 

destar

Tengkolok; tanjak

 

deus ex machina

Penyelesaian cerita secara paksa atas dasar takdir. Kaedah ini digunakan sebagai jalan keluar bagi sesuatu masalah sulit yang sukar diatasi.

 

dialog (dialogue)

Pertuturan antara watak-watak yang terpapar  dalam fikiran atau pendapat dan persoalan dalam karya.

 

dialek (dialect)

Loghat atau pelat daerah.

 

didaktik (didactic)

Bermaksud mengajar atau mendidik.

 

didaktisisme (didacticism)

Unsur-unsur pengajaran dalam karya sastera.

 

diksi (diction)

Pilihan kata yang disesuaikan dengan makna-makna dan dapat meningkatkan keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.

 

dirgahayu

Mudah-mudahan lanjut usia.

 

disertasi (dissertation)

Tulisan ilmiah daripada penyelidikan yang mendalam dan dibimbing oleh penyelia. Hasilnya mesti dipertahankan dalam ujian untuk mendapatkan anugerah. Sebagai contoh, ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

 

bersambung...