Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Prakata

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Rakyat

 

 

                                         

 

 

cereka (fiction)

Cerita rekaan yang berbentuk puisi dan prosa. Cereka disebut juga fiksyen.

 

cerita asal usul

Sejenis cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, misalnya cerita sebab-sebab ular sawa hilang bisanya.

 

cerita berbingkai (frame story)

Cerita yang disisipkan dengan cerita lain dan dikenal juga sebagai cerita dalam cerita. Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman.

 

cerita binatang (animal story)

Cerita yang tokoh utamanya terdiri daripada binatang yang dapat berbicara seperti manusia dan cerita ini menekankan unsur-unsur pengajaran. Sebagai contoh, Hikayat Pelanduk Jenaka.

 

cerpen (short story)

Suatu bentuk cerita pendek yang membawa persoalan tertentu yang indah. Cerpen memusatkan pada satu watak dalam satu situasi di suatu tempat dan ketika.

 

cindai

Sejenis kain sutera yang berbunga-bunga.

 

citra (image)

Gambar, lukisan, arca, gambaran, atau imej peribadi seseorang atau pelbagai aspek sastera, seperti tema dan plot yang dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu.

 

cura, bercura

Dengan sungguh-sungguh; melakukan sesuatu dengan betul-betul.

 

bersambung...