Make your own free website on Tripod.com

 

 

Laman Utama

Kandungan

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

                                         

BIODATA PENGARANG

AZMAH NORDIN

 

Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan memenangi hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93. Sehingga kini Azmah masih aktif berkarya.

(Dipetik daripada buku teks KOMSAS Tingkatan 2, Timulak Kapal Perang)

 

[ Soalan Pengukuhan ]